BORNEO FUN RUN 2026
TERMA & SYARAT PENYERTAAN / TERMS & CONDITIONS OF PARTICIPATION
Semporna & Kota Kinabalu | Sebahagian daripada Ultra Borneo Relay Run 2026
Dokumen ini merupakan Terma & Syarat rasmi bagi penyertaan Borneo Fun Run 2026, yang dianjurkan sebagai acara sokongan pada hari permulaan dan hari penamat Ultra Borneo Relay Run.
This document sets out the official Terms & Conditions for participation in Borneo Fun Run 2026, which is organised as a supporting event during the opening and closing days of the Ultra Borneo Relay Run.
1. BUTIRAN ACARA / EVENT DETAILS
BM:
Borneo Fun Run akan diadakan pada tarikh dan lokasi berikut:
Acara ini merupakan larian santai (Fun Run) dan tidak bersifat kompetitif sepenuhnya.
EN:
Borneo Fun Run will be held on the following dates and locations:
This event is a recreational fun run and is non-competitive in nature.
2. PENDAFTARAN & YURAN / REGISTRATION & FEES
BM:
Yuran pendaftaran Borneo Fun Run adalah RM55 bagi setiap peserta. Pendaftaran hanya sah selepas bayaran penuh diterima oleh pihak penganjur.
Tarikh tutup pendaftaran akan diumumkan secara rasmi dan tiada penyertaan akan diterima selepas tarikh tersebut.
EN:
The registration fee for Borneo Fun Run is RM55 per participant. Registration is only valid upon receipt of full payment by the Organizer.
The registration closing date will be announced officially and no entries will be accepted thereafter.
3. EARLY BIRD PERK / EARLY REGISTRATION BENEFIT
BM:
Peserta yang mendaftar sebelum 13 Mac 2026 layak untuk menikmati cetak nama peserta pada jersi larian. Selepas tarikh tersebut, cetakan nama tidak dijamin.
EN:
Participants who register before 13 March 2026 are eligible for custom name printing on the runner tee. Name printing is not guaranteed after this date.
4. RUNNER ENTITLEMENT / HAK PESERTA
BM:
Dengan bayaran yuran pendaftaran, setiap peserta Borneo Fun Run akan menerima:
EN:
With the payment of the registration fee, each Borneo Fun Run participant will receive:
Semua item tertakluk kepada terma, syarat dan ketersediaan pihak penganjur.
5. KELAYAKAN PESERTA / PARTICIPANT ELIGIBILITY
BM:
Acara ini terbuka kepada peserta lelaki dan perempuan, warganegara Malaysia atau antarabangsa, berumur 7 tahun ke atas pada hari acara.
Peserta berumur 18 tahun ke bawah mesti berada di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga sepanjang acara.
Penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan tanpa perlu memberikan sebarang alasan.
EN:
This event is open to male and female participants, Malaysian and international, aged 7 years and above on event day.
Participants aged 18 years and below must be under the supervision of a parent or legal guardian at all times.
The Organizer reserves the right to reject or cancel any entry without providing reasons.
6. KESIHATAN & TANGGUNGJAWAB DIRI / HEALTH & PERSONAL RESPONSIBILITY
BM:
Peserta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tahap kesihatan dan kecergasan diri. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang masalah perubatan yang berpunca daripada kegagalan peserta mendedahkan keadaan kesihatan sebenar.
Peserta yang mempunyai penyakit jantung kongenital, hipertensi, miokarditis atau penyakit jantung koronari tidak dibenarkan menyertai acara ini.
EN:
Participants are fully responsible for their own health and fitness condition. The Organizer shall not be liable for any medical issues arising from failure to disclose existing medical conditions.
Participants with congenital heart disease, hypertension, myocarditis, or coronary heart disease are not permitted to participate.
7. FORMAT LARIAN / RUN FORMAT
BM:
Borneo Fun Run merupakan acara larian santai. Peserta dibenarkan berlari, berjoging atau berjalan mengikut kemampuan masing-masing dan tidak diwajibkan mengejar masa tertentu.
EN:
Borneo Fun Run is a recreational event. Participants may run, jog, or walk according to their own ability and are not required to meet competitive timing targets.
8. KESELAMATAN PESERTA / PARTICIPANT SAFETY
BM:
Semua peserta WAJIB memakai bib sepanjang larian. Peserta digalakkan memakai pakaian dan kasut sukan yang sesuai.
Kanak-kanak hendaklah sentiasa berada di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga.
EN:
All participants MUST wear their race bib throughout the run. Participants are encouraged to wear appropriate sports attire and footwear.
Children must remain under parental or guardian supervision at all times.
9. DASAR TIADA PEMULANGAN BAYARAN / NO REFUND POLICY
BM:
Semua bayaran pendaftaran adalah tidak boleh dipulangkan dalam apa jua keadaan termasuk ketidakhadiran, penarikan diri, atau pembatalan acara.
EN:
All registration fees are strictly non-refundable under any circumstances, including non-attendance, withdrawal, or event cancellation.
10. PERUBAHAN ACARA / EVENT CHANGES
BM:
Penganjur berhak mengubah laluan, jadual, masa atau membatalkan acara atas faktor keselamatan, cuaca, arahan pihak berkuasa atau keadaan luar jangka.
EN:
The Organizer reserves the right to modify routes, schedules, timings, or cancel the event due to safety concerns, weather conditions, authority directives, or unforeseen circumstances.
11. MEDIA, DATA & DOKUMENTASI / MEDIA, DATA & DOCUMENTATION
BM:
Dengan mendaftar, peserta memberi kebenaran kepada penganjur untuk menggunakan imej, video dan data acara bagi tujuan promosi, pemasaran dan dokumentasi.
EN:
By registering, participants grant the Organizer permission to use images, videos, and event data for promotional, marketing, and documentation purposes.
12. UNDANG-UNDANG TERPAKAI / GOVERNING LAW
BM:
Terma & Syarat ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
EN:
These Terms & Conditions are governed by the laws of Malaysia.
☑️ Dengan menekan butang “Daftar / Register”, saya mengesahkan bahawa saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma & Syarat Borneo Fun Run ini.
☑️ By clicking “Register”, I confirm that I have read, understood, and agree to the Terms & Conditions of Borneo Fun Run.
Keputusan penganjur adalah muktamad. / The Organizer’s decisions are final.